Adat orang berkasih, bukan saja gunung sanggup didaki bahkan lautan api juga tidak gentar diharungi. Asalkan, ia mampu membuktikan lambang kasih sejati.

Itulah mampu SS ungkapkan mengenai hubungan artis ini dan kekasihnya yang SS dapat tahu giat membeli aset bersama.

Mengikut cerita disampaikan seorang teman, SS dimaklumkan artis itu dan kekasihnya baru membeli aset kediaman di satu kawasan perumahan elit di ibu kota.

Sama ada rumah itu sudah diduduki atau belum, tidak pula SS ketahui. Cuma, daripada apa yang disampaikan teman SS pasangan berkenaan giat melakukan pengubahsuaian kediaman itu.

Kalau sudah macam itulah ceritanya, mungkin tidak lama lagi sampailah kad undangan perkahwinan pasangan ini.

SS memang teruja hendak menjamu nasi minyak artis ini dan kekasihnya kerana hubungan percintaan mereka pun sudah dijalin agak lama.

Sampai bila hendak berkasih saja tanpa pe-ngakhiran yang indah ke jenjang pelamin. Meskipun jodoh itu ketentuan Tuhan, tetapi keintiman pasangan ini SS dapati sangat serasi.

Kekasih artis ini juga dengarnya seorang yang bersikap memahami dan sangat menyokong karier seni insan tersayang.

Hinggakan, ada kalanya pasangan ini dilihat akan muncul bersama pada majlis hiburan berprestij tanah air walaupun masing-masing daripada latar karier berbeza.

SS: Hebat majlis resepsi persandingan Yana dan Fadzil yang meriah.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Februari 2015 @ 5:02 AM