SYED Anuar (kanan) melepaskan peserta larian.
SYED Anuar (kanan) melepaskan peserta larian.

Kuala Lumpur: Atlet negara R Thevan dan Noor Amelia menjuarai kategori Terbuka Lelaki dan Wanita Larian Kuala Lumpur AmBank 10 kilometer (km) di Padang Merbok semalam.

Larian membabitkan penyertaan kira-kira 4,000 peserta, terbuka kepada peserta tempatan dan luar negara yang memegang status penduduk tetap. Lapan kategori dipertandingkan dengan jarak bermula 10km, 7km dan 5km yang terbuka kepada kategori lelaki, wanita dan keluarga dengan hadiah wang tunai berjumlah RM9,300 ditawarkan.

“Kami berbangga untuk hadir sebagai penaja utama dan buat kali pertama gembira melihat ramai peserta secara individu dan berkeluarga, menjadikan larian ini amat menyeronokkan untuk semua peserta. Persatuan Olahraga Amatur Kuala Lumpur (FTKLAA) berjaya mengendalikan kejohanan yang berjalan lancar.

“Kami gembira dapat bekerjasama dengan persatuan ini yang mempunyai rekod baik dalam mengendalikan kejohanan antarabangsa termasuk di larian peringkat akar umbi bagi masa depan atlet olahraga di Kuala Lumpur,” kata Naib Presiden Kanan/ Ketua Komunikasi Korporat dan Pemasaran Kumpulan AmBank Syed Anuar Syed Ali selepas menyampaikan ‘mock cek’ kepada Presiden FTKLAA Leo Leslie Armstrong.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Februari 2015 @ 7:50 AM