SEBAHAGIAN daripada peserta INK RUN 2017.
SEBAHAGIAN daripada peserta INK RUN 2017.
HM Digital

Kuala Lumpur: Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Malaysia semalam menganjurkan program larian, INK RUN 2017 dalam usaha mempromosikan kempen kecerdasan dalam kalangan pengamal media dan orang awam.

Berlangsung dengan meriah di Universiti Malaya (UM), di sini, kira-kira 300 peserta terdiri daripada pengamal media dan orang awam menyertai acara larian yang julung kali diadakan itu.

Larian bermula seawal jam 7 pagi membabitkan tiga kategori iaitu jarak 3 kilometer (km), 45km serta 10km, yang terbuka kepada semua peringkat usia.

Sebelum acara bermula, peserta diberi taklimat khas berkaitan keselamatan oleh penganjur serta pihak keselamatan UM.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Oktober 2017 @ 5:11 AM