Peranti yang bakal popular, Samsung Galaxy Note Edge yang mempunyai skrin melengkung bersaiz besar dikatakan mula dipasarkan di Malaysia pada pertengahan bulan ini dengan harga dikatakan sebanyak RM2,999.

Edge mempunyai spesifikasi sama dengan Note 4 dan dibezakan dengan skrin melengkung di bahagian kanan yang memaparkan beberapa notifikasi.

Edge akan turut didatangkan dengan S Pen yang berfungsi menerusi lima pilihan cara guna termasuk lima fungsi utama, Pen Note, Snap Note, S Note, Text Note serta Voice Note dan ia bertindak seakan-akan tetikus komputer peribadi dan lebih peka berbanding mana-mana pen stylus yang lain.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Februari 2015 @ 9:19 AM