SAMSUNG Galaxy Note 4.
SAMSUNG Galaxy Note 4.

Samsung Electronics melancarkan Samsung Galaxy Note 4 warna merah jambu ke pasaran Malaysia dengan sasaran pengguna wanita yang inginkan kecantikan menyamai peribadi diri.

Peranti terbabit mempunyai pelbagai ciri termasuk fungsi S Pen menerusi lima pilihan cara guna termasuk lima fungsi utama, Pen Note, Snap Note, S Note, Text Note dan Voice Note.

Galaxy Note 4 juga dilengkapi kamera beresolusi 16 megapiksel manakala kamera depan pula 3.7 megapiksel.

INFO

SAMSUNG GALAXY NOTE 4

- Harga: Tidak diketahui

- CPU: quad core 2.7GHz, octa core 1.9GHz

- Skrin: 5.7 inci quad HD Super AMOLED

- RAM: 3GB

- Memori: 32GB, slot kad mikroSD

- Kamera: 16MP, 3.7MP (depan)

- Bateri: 3220mAh

- Dimensi: 153.5 x 78.6 x 8.5mm

- Berat: 176g

- OS: Android 4.4 KitKat

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 January 2015 @ 5:04 AM