KERONGSANG berlian Garrard & Co yang dianugerahkan Ratu Elizabeth II kepada salah seorang dayangnya. FOTO Sotheby’s
KERONGSANG berlian Garrard & Co yang dianugerahkan Ratu Elizabeth II kepada salah seorang dayangnya. FOTO Sotheby’s
Agensi

London: Kerongsang berlian Garrard & Co yang dianugerahkan Ratu Elizabeth II kepada salah seorang dayang pada upacara pertabalannya dijual dengan nilai 69,850 pound sterling (kira-kira RM390,139) dalam sebuah acara lelongan.

Penjualan terbaharu dikendalikan Sotheby's sebagai meraikan lapan abad sejarah diraja.

Kerongsang itu diberikan kepada Lady Moyra Campbell, yang juga anak perempuan kepada Duke of Abercorn keempat.

Lady Moyra mengenali mendiang ratu sejak kecil.

Beliau juga memakai kerongsang semasa sebuah upacara keagamaan di Westminster Abbey pada 2012.

Garrard memegang jawatan sebagai tukang emas diraja antara 1843 dan 2007 dan membuat perhiasan seperti Attallah Cross, dipakai oleh Diana, Princess of Wales. Ia dijual awal tahun ini oleh Sotheby's kepada bintang realiti Kim Kardashian pada harga 163,000 pound sterling (RM910,417.95).

Surat yang ditulis Catherine Parr kepada abangnya yang mengumumkan perkahwinannya dengan Henry VIII pada tahun 1543 juga dijual pada harga 38,100 pound sterling (kira-kira RM212,803).

Majlis perkahwinan itu berlangsung pada 12 Julai 1543 di Queen's Closet di Istana Hampton Court dengan dihadiri 18 orang.

Satu set replika permata mahkota British - dijual pada harga 33,020 pound sterling (kira-kira RM184,429).

Turut dilelong ialah sebotol Chateau Mouton Rothschild dengan label yang direka raja dijual pada harga 11,430 pound sterling (kira-kira RM63,840).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Mei 2023 @ 11:01 AM