MENARA Eiffel turut diabadikan sebagai motif dalam rekaan kerongsang.
MENARA Eiffel turut diabadikan sebagai motif dalam rekaan kerongsang.
PUTIH hitam masih menarik.
PUTIH hitam masih menarik.
KHUSUS untuk peminat Hello Kitty.
KHUSUS untuk peminat Hello Kitty.
Oleh Nurul Husna Mahmud


Kerongsang besar bukan saja membantu mengemaskan sematan hijab pada pakaian malah menjadi aksesori mampu menambah seri pada penggayanya.

Jika dulu motif digunakan lebih berkonsepkan flora mahupun tumbuhan, kini tema rekaan juga lebih universal apabila ada antaranya menggunakan bentuk unik sebagai rekaan.

Sebagai contoh kerongsang dipasarkan butik dalam talian, Julieanalace menampilkan motif unik seperti serangga, objek mahupun bangunan menjadi pilihan pelanggannya.

Menurut pengasas butik terbabit, Zulaiha Misro, 38, dia memasarkan kerongsang apabila pelanggannya mengadu mahukan rekaan berlainan daripada bentuk konvensional.

“Saya sudah pasarkan aksesori ini lebih setahun dan kebanyakan pelanggan meminta saya mencari rekaan selain bunga untuk dipakai bersama selendang mahupun tudung. Mereka kata mahu rupa berbeza serta sudah jemu dengan rekaan bunga semata-mata.

“Jadi saya mula dengan bentuk agak berani seperti serangga serta objek seperti payung mahupun misai lelaki sebagai kerongsang menghiasi bahu mereka. Menariknya meskipun bentuk itu sedikit luar biasa daripada gaya kerongsang konvensional, ia tidak canggung dikenakan bersama pilihan hijab mahupun tudung.

“Malah ia banyak membantu mereka mengenakan tudung kosong mahupun baju corak minimal. Harga ditawarkan lingkungan RM15 hingga RM17,” katanya.

Selain dikunjungi mereka mahu memiliki pelbagai kerongsang, Zulaiha lebih mesra dengan panggilan Julie berkata, dia turut dikunjungi peminat Hello Kitty.

“Pelanggan saya pelbagai. Daripada umur 19 hingga ke atas meminati reka bentuk kerongsang saya pasarkan. Ada kala saya kena kemas kini stok kurang daripada empat hari kerana ada membeli dalam jumlah banyak.

“Selain itu menariknya ada kalangan pengumpul item seperti Hello Kitty turut membeli kerongsang dan sebahagian pembeli saya adalah guru,” katanya.

Bagi mereka mahu mendapatkan koleksi sama boleh mengunjungi laman Instagram mahupun Facebook, Julieanalace.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Ogos 2015 @ 5:02 AM