Sebuah aplikasi, Maps.me boleh bertindak sebagai alat GPS anda dalam telefon pintar meskipun ia tidak disambungkan secara 'online'.

Maps.me yang beroperasi tanpa Internet tersebut sudah pasti membantu anda mengelakkan caj perayauan antarabangsa sekiranya berada di luar negara dan memerlukan peta digital yang kerap digunakan.

Boleh dikatakan, kebanyakan lokasi tertentu lengkap dalam Maps.me dan ia membenarkan penggunanya untuk zum masuk serta keluar dengan lancar.

Perincian peta terbabit sudah pasti membantu mencari lokasi menarik di seluruh dunia yang kesemuanya boleh diakses secara 'offline', malah fungsi auto suggest juga ditawarkan pada aplikasi ini percuma ini.

Selepas tiba atau mahu mencarinya pada masa yang lain, hanya tandakan lokasi pada Bookmark yang disediakan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 January 2015 @ 5:01 AM