Oleh Aziman Rosdi


Kuala Lumpur: “Saya tahu apa yang terbaik untuk Mat Yo, kata jurulatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM) B Sathianathan yang percaya beliau boleh membantu penyerang itu kembali mengukuhkan kedudukannya selaku penyerang terbaik Liga Malaysia (Liga-M).

Malah pengendali itu turut memberikan amaran bahawa gandingan Mat Yo atau nama sebenar Norshahrul Idlan Talaha yang cukup serasi bergandingan bersama bekas penyerang Piala Dunia Honduras Jerry Palacios serta Abdulafees Abdulsalam dari Nigeria bakal mencetuskan gerun kepada pasukan pencabar.

“Semuanya bergantung kepada pemain itu sendiri sama ada dia mahu kembali menyerlah ataupun tidak. Tapi saya percaya kalau Mat Yo dapat beraksi lebih kerap dia boleh meningkatkan permainannya. Saya kenal dia (Mat Yo) dan dia juga kenal saya. Kalau jurulatih tahu menggunakan kebolehannya, dia boleh berikan aksi terbaik,” katanya.

Norshahrul, 28, antara nama besar yang berjaya dipancing oleh ATM daripada Johor Darul Ta’zim (Johor DT) untuk menguatkan cabaran mereka dalam mengharungi saingan Liga Super musim ini.

Keputusan penyerang kebangsaan itu yang kembali ke pangkuan jurulatih lamanya di Kelantan serta skuad bawah 23 tahun itu dilihat sebagai usaha untuk mengembalikan sentuhannya yang dilihat kurang menyerlah bersama Johor DT sebelum ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 January 2015 @ 5:30 AM