NORSHAHRUL (tiga dari kanan) mahu pamer kemampuan jumpa Arab Saudi.
NORSHAHRUL (tiga dari kanan) mahu pamer kemampuan jumpa Arab Saudi.
Aziman Rosdi

Petaling Jaya: Selepas hampir setahun tidak beraksi di pentas antarabangsa, Norshahrul Idlan Talaha kembali menjadi taruhan Harimau Malaysia bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 menentang Arab Saudi di Jeddah pada 24 Mac ini.

Mungkin ramai yang meragui kemampuan pemain berusia 29 tahun itu yang kini beraksi bersama Terengganu apatah lagi dia diketepikan akibat kecederaan hamstring sebelum ini.

Namun melihat kepada situasi sekarang, pengendali kebangsaan Datuk Ong Kim Swee sememangnya tidak mempunyai banyak pilihan dengan posisi penyerang pasukan dalam Liga Malaysia (Liga M) kebanyakannya didominasi pemain import.

Selain Norshahrul, pemain berpengalaman Amri Yahyah turut berada dalam senarai meskipun bintang Johor Darul Ta’zim (Johor DT) ini kurang mendapat tempat dalam kesebelasan utama.

“Saya baru pulih daripada kecederaan. Saya lihat dulu prestasi minggu ini dan cuba beri komitmen 100 peratus dalam latihan. Jurulatih Ong (Kim Swee) juga nak lihat prestasi saya selepas tak bermain dalam dua perlawanan sebelum ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Mac 2016 @ 7:15 AM