Gambar adalah ihsan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Gambar adalah ihsan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Rokaid Chik


Pasir Puteh: Pelajar tingkatan empat ditemui lemas ketika mencari lokan di lagun Semerak, di sini.

Allahyarham Mohd Amirul Aiman Mohd Asri, 16, ditemui di dasar lagun, pada 7.21 petang, semalam.

Pegawai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Penolong Penguasa Bomba Azhar Elmi Mustofar, berkata mangsa bersama beberapa rakannya ke kawasan lagun paya bakau berkenaan untuk mencari lokan.

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.18 petang.

Menurutnya, tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian bagi usaha mencari dan menyelamat mangsa.

"Pasukan penyelamat menggunakan tali dan jaket keselamatan untuk menjejaki mangsa sehingga ditemui terdampar di dasar lagun.

"Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Mei 2017 @ 12:31 PM