Mohamad Zulhairie Manzaidi


Tumpat: Seorang Pembantu Am sebuah sekolah ditemui lemas di tali air di Kampung Kutan Tengah, Wakaf Bharu, di sini, malam tadi.

Mangsa, Mohd Azuki Saad, 47, ditemui di dasar air oleh penduduk kampung pada jam 8.30 malam.

Ketua Polis Daerah Tumpat Superintendan Zaharudin Rasip berkata, sebelum kejadianmangsa bersama seorang rakannya yang berusia 53 tahun ke tali air itu untuk mencari lokan.

"Selesai mencari lokan, mangsa membersihkan badan dan rakannya menjala ikan sebelum menyedari mangsa tiada di lokasi sekitar 15 minit kemudian.

"Mangsa mengesyaki rakannya lemas sebelum memanggil penduduk kampung untuk usaha mencari dan menyelamat," katanya di sini, hari ini.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 April 2017 @ 1:18 PM