KERATAN berita yang disiarkan portal Harian Metro. FAIL Harian Metro
KERATAN berita yang disiarkan portal Harian Metro. FAIL Harian Metro
Rudy Syareme Sheriffudin


Georgetown: Polis menahan dua lelaki berusia 38 dan 34 tahun selepas melarikan lori milik Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Mereka ditahan kerana melakukan kesalahan itu ketika operasi di kedai makan di Jalan Bagan Jermal, di sini, pada 8.50 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid, berkata penahanan kedua-dua lelaki itu dibuat selepas bertindak melarikan lori milik MBPP ketika operasi sedang dijalankan di kedai makan tanpa lesen itu.

Beliau berkata, kedua-duanya direman tiga hari sehingga 7 Mei ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana cuba melakukan kekerasan dan menakutkan penjawat awam menjalankan tugas," katanya.

Malam tadi, sepasukan 20 anggota penguat kuasa MBPP mengambil tindakan ke atas peniaga yang menjalankan peniagaan tanpa lesen.

Bagaimanapun, peniaga terbabit melarikan lori MBPP terus ke Balai Polis Pulau Tikus sebelum membuat laporan polis.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Mei 2017 @ 1:47 PM