Lori MBPP yang diletakkan di Balai Polis Pulau Tikus. (Gambar kecil) Mohamad Haziq Ammar (tengah) bersama rakan mengangkat semula barang yang dirampas MBPP. FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal
Lori MBPP yang diletakkan di Balai Polis Pulau Tikus. (Gambar kecil) Mohamad Haziq Ammar (tengah) bersama rakan mengangkat semula barang yang dirampas MBPP. FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal
Rudy Syareme Sheriffudin


Georgetown: Peniaga berusia 27 tahun bertindak melarikan lori milik Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) ketika penguat kuasa cuba merampas peralatan di kedai makannya di Jalan Bagan Jermal, di sini, malam tadi.

Kejadian berlaku 8.50 malam apabila penguat kuasa MBPP datang ke kedainya dan cuba merampas kerusi dan meja tanpa notis amaran.

Peniaga terbabit, Mohammad Haziq Ammar Mohd Hussain berkata, dia tidak puas hati dengan tindakan yang dilakukan penguat kuasa MBPP kerana bukan sekali, tetapi tiga kali tindakan sama cuba dilakukan.

Menurutnya, dia pernah membuat permohonan untuk mendapatkan lesen tetapi gagal sebaliknya diberi pelbagai alasan.

"Bagi mengelak penguat kuasa merampas barang, saya nekad memandu lori MBPP terus ke Balai Polis Pulau Tikus.

"Saya cuba elak berlaku isu berpanjangan atau pergaduhan dan ingin menyelesaikan masalah dengan baik dan membuat laporan di Balai Polis Pulau Tikus atas kejadian yang berlaku," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Mei 2017 @ 12:08 AM