RAKAMAN CCTV menunjukkan suspek mengumpil mesin tukar duit syiling di kedai dobi layan diri 24 jam.
RAKAMAN CCTV menunjukkan suspek mengumpil mesin tukar duit syiling di kedai dobi layan diri 24 jam.
Nurul Hidayah Bahaudin


Serdang: Seorang lelaki menggunakan taktik mengumpil mesin tukar duit syiling di kedai dobi layan diri 24 jam menggunakan besi kuku kambing.

Lelaki yang menjadi buruan polis selepas melarikan wang tunai lebih RM1,000 daripada mesin tukar syiling di sebuah kedai dobi layan diri 24 jam di Taman Puncak Jalil, di sini, Sabtu lalu.

Malah, penjenayah berusia 30-an itu yang bergerak sendirian didapati arif berhubung mesin berkenaan dan dipercayai aktif melakukan kegiatan itu di sekitar Lembah Klang sejak sebulan lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, suspek dikesan kerap melakukan jenayah itu pada awal pagi.

Menurutnya, suspek dipercayai bertanggungjawab melakukan tiga kes sama di tiga lokasi berasingan di daerah ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Mei 2017 @ 6:41 AM