MEGAT Mohd Aminuddin   (tengah) menunjukkan barangan yang dirampas.
MEGAT Mohd Aminuddin (tengah) menunjukkan barangan yang dirampas.

Serdang: Sekumpulan penjenayah yang sering menggunakan tukul untuk memecah masuk premis berjaya ditumpaskan polis dalam serbuan di sekitar ibu kota, 1 Jun lalu.

Dalam kejadian terbaru pada 23 Mei lalu, kumpulan terbabit dikatakan memecahkan pintu kaca sebuah stesen minyak di Jalan Seri Kembangan, pada jam 4.40 pagi sebelum melarikan wang dan barangan berharga.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohd Aminuddin Megat Alias berkata, menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebuah Proton Gen 2 berhenti di premis terbabit sebelum dua lelaki bertopeng dan bertopi memecah masuk ke stesen minyak itu.

“Suspek mengumpil mesin wang dan mengambil telefon bimbit milik pekerja stesen minyak itu sebelum melarikan diri.

“Siasatan berjaya menahan tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 18 tahun hingga 37 tahun dipercayai anggota kumpulan itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Jun 2016 @ 11:18 AM