PEMAIN The Gladiators mempamerkan trofi dan pingat dimenangi
PEMAIN The Gladiators mempamerkan trofi dan pingat dimenangi

Kuala Lumpur: Karnival Ragbi Mini Tujuh sebelah Bawah 12 tahun yang dianjurkan oleh Kelab Ragbi Sekolah Kebangsaan (SK) Setiawangsa Overlord 15 April lalu berlangsung dengan penuh meriah dan memupuk semangat kesukanan tinggi dalam kalangan semua pasukan bertanding.

Acara berkenaan yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari berjaya memberi impak positif buat semua pemain.

Menurut Ahmad Fauzi, ia satu usaha murni yang dilakukan oleh kelab berkenaan dalam mencungkil dan mengetengahkan bakat baru dalam sukan ragbi di Malaysia.

“Sebagai ahli parlimen kawasan Setiawangsa saya akan cuba membantu untuk memajukan lagi kelab ini dan menjadikan Overlord sebuah pasukan yang lebih hebat pada masa akan datang,” katanya.

Karnival yang diadakan di padang SK Setiawangsa Kuala Lumpur ini menyaksikan 11 pasukan mengambil bahagian dan The Gladiators muncul juara dalam kategori Cup.

Manakala kategori Plate pula Orange Hawks berjaya merangkl kejuaraan, manakala Predator mengungguli acara Bowl.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Mei 2017 @ 1:58 PM