Dua lelaki yang tersesat di puncak Gunung Baling diselamatkan anggota penyelamat. FOTO Safuri Kamarudin
Dua lelaki yang tersesat di puncak Gunung Baling diselamatkan anggota penyelamat. FOTO Safuri Kamarudin
Safuri Kamarudin


Baling: Dua lelaki yang tersesat ketika mendaki Gunung Baling ditemui selamat oleh anggota penyelamat di ketinggian 300 meter di puncak gunung itu, 3.10 petang hari ini.

Mohd Syukri Shahrum, 19, dari Bagan Serai, Perak dan Mohd Fazrul Izwan Ishak, 24, dari Simpang Empat Tasek, Pulau Pinang ditemui keletihan dan tidak bermaya kerana kehabisan makanan.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Mohd Hafiz Suhaimi berkata, gerakan mencari mangsa dilakukan 20 anggota penyelamat.

Mereka terdiri anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Baling, Team Penyelamat Kedah (SARKED), Pasukan Bomba Sukarela Belia 4B, Jawatankuasa Bencana Alam Majlis Daerah Baling, polis dan Sahabat Bomba Baling.

"Kita mengambil masa kira-kira dua jam untuk membawa mangsa turun ke kaki Gunung Baling.

"Mangsa terpisah daripada enam rakan lain ketika mendaki gunung dan dibawa ke kaki gunung jam 5 petang sebelum ke Hospital Baling (HB) untuk rawatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 April 2017 @ 5:41 PM