ANGGOTA Jabatan Bomba dan Penyelamat Baling memberi taklimat operasi mencari mangsa. FOTO Safuri Kamarudin.
ANGGOTA Jabatan Bomba dan Penyelamat Baling memberi taklimat operasi mencari mangsa. FOTO Safuri Kamarudin.
Safuri Kamarudin


Baling: Dua lelaki dilaporkan hilang dipercayai tersesat ketika mendaki Gunung Baling, di sini, hari ini.

Mereka yang terbabit dikenali sebagai Mohd Syukri Shahrum, 19, dan Mohd Fazrul Izwan Ishak,24, dari Simpang Empat Tasek, Pulau Pinang.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Penolong Penguasa Bomba Mohd Sufian Alias berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 10.34 pagi dan sampai ke tempat kejadian lima minit kemudian.

Katanya, 20 anggota penyelamat terdiri anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Baling, Team Penyelamat Kedah (SARKED), Bomba Sukarela Belia 4B, Jawatankuasa Bencana Majlis Daerah Baling dan Sahabat Bomba Baling mendaki gunung itu untuk mencari mangsa dipercayai tersesat dan mengalami kecederaan.

Setakat 1.30 tengah hari ini, usaha mencari dan menyelamat mangsa di ketinggian 400 meter di Gunung Baling sedang giat dijalankan anggota penyelamat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 April 2017 @ 2:52 PM