MAISEL memasuki mesin basuh berkenaan.
MAISEL memasuki mesin basuh berkenaan.

Las Vegas: Seorang artis melepaskan diri profesional membuat persembahan aneh apabila dia masuk ke dalam mesin basuh dan berjaya keluar dengan selamat.

Rick Maisel yang menggelar dirinya ‘Lelaki Mesin Basuh’ ialah artis melepaskan diri dan berkata, dia satu-satunya orang di dunia yang boleh melepaskan diri dalam mesin basuh yang sudah berputar walaupun dengan tangan dan kakinya bergari.

Maisel melakukan aksi itu pada Disember 2016 di Las Vegas, Amerika Syarikat, tempat dia selalu membuat persembahan silap mata di pelbagai tempat hiburan.

Dengan memakai pakaian renang, lengkap dengan tangki oksigen dan goggle, Maisel menggari tangan, pinggang dan kakinya sebelum masuk ke dalam sebuah mesin basuh.

Menurut viideo yang tular di Internet baru-baru ini, tindakan Misel bukan satu penipuan dan ia amat berbahaya.

Selepas memasukinya, penutup mesin basuh itu ditutup dari luar. Ia kemudian dipusingkan selama kira-kira seminit sebelum bunyi ketukan kuat dari dalam. Apabila dibuka, Maisel keluar dalam keadaan basah kuyup dan dengan semua gari sudah dibuka.

Lebih menarik, dia tidak lemas. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 April 2017 @ 10:23 AM