Aimee menyapu makanan kucing yang didakwa murah berbanding tuna. FOTO Agensi/TLC
Aimee menyapu makanan kucing yang didakwa murah berbanding tuna. FOTO Agensi/TLC
ROTI yang disapu makanan kucing. FOTO Agensi/TLC
ROTI yang disapu makanan kucing. FOTO Agensi/TLC
Agensi

Las Vegas: Seorang jutawan Nevada, Amerika Syarikat, mempunyai tabiat berjimat terlalu ekstrem apabila sanggup makan makanan kucing berbanding tuna dalam tin.

Bintang siri realiti televisyen Extreme Cheapskates, Aimee Elizabeth dari Las Vegas mempunyai nilai kekayaan lebih AS$5.3 juta (RM23 juta).

Salah seorang rakan Elizabeth berkata dalam rancangan TLC mendedahkan, wanita itu kemungkinan pernah menghidangkannya sandwic dengan makanan kucing berbanding tuna ketika dia berkunjung ke rumahnya.

"Dia tanya saya sama ada hendak makan tengah hari atau tidak.

"Dia membuatkan saya sandwic tuna, namun rasanya agak pelik dan hanyir sebelum saya ternampak tin makanan kucing di atas meja makan itu.

"Saya fikir, tidak, dia tidak melakukan ini!," katanya.

Ketika bersiaran di Extreme Cheapskates, Aimee mengaku tin makanan kucing adalah AS$30 sen (RM1.30) lebih murah berbanding setin ikan tuna untuk manusia AS$89 sen (RM3.90).

Suaminya, Michael Murrey juga mendedahkan, wanita itu turut menghidangkan setin tuna kucing kepadanya.

"Saya tidak fikir Aimee pernah memberi makanan kucing kepada sesiapa tetapi saya tidak akan lepaskan peluang mencubanya," katanya.

Aimee juga ada tabiat lain misalnya, menetapkan masa pemanasan air supaya dapat menjimatkan bil airnya.

Selain itu, dia juga akan menggunakan span basuh pinggan sehingga lunyai serta hanya ada satu pisau saja di dapurnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 January 2023 @ 1:45 PM