TUNKU Ismail bersama pemimpin tertinggi FAM pada sidang media di Hotel Thistle,  Johor Bahru semalam.
TUNKU Ismail bersama pemimpin tertinggi FAM pada sidang media di Hotel Thistle, Johor Bahru semalam.
Rizar Mohd Noor


Johor Bahru: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melancarkan perang besar-besaran bagi membendung gejala rasuah dengan mengadakan kerjasama rapat bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Malah Presiden FAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengambil pendekatan serius apabila semua ahli Exco badan induk bola sepak negara itu, termasuk pegawai, pemain dan pengadil terbabit dalam kancah bola sepak Liga Malaysia (Liga-M) akan dipantau SPRM.

Tunku Ismail berkata, dalam usaha untuk membanteras gejala tidak sihat itu, beberapa pegawai SPRM akan ditempatkan di setiap gelanggang perlawanan di seluruh stadium, tempat latihan dan di pejabat FAM bagi melakukan pemantauan.

“Maklumat yang saya terima amat menyedihkan iaitu mengatur perlawanan masih aktif dan besar dalam bola sepak. Justeru menjadi keutamaan kami untuk membanteras gejala rasuah dalam bola sepak.

“Kita akan membuka pintu seluas-luasnya kepada SPRM untuk menjalankan siasatan berhubung perkara ini. Malah saya juga akan meletakkan beberapa pegawai SPRM untuk bekerjasama dengan Jawatankuasa Integriti FAM.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 April 2017 @ 6:32 AM