Muhammad Apendy Issahak


Ipoh: Treler membawa muatan plastik terbalik dan melintangi laluan di Kilometer 289 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan rehat dan rawat (R&R) Simpang Pulai, hari ini.

Dalam kejadian 6.45 pagi itu, pemandu treler berkenaan difahamkan mengalami kecederaan di muka.

Muatan biji plastik yang dibawa treler berkenaan sebahagian besarnya turut bertaburan di atas jalan.

Kemalangan itu mengakibatkan laluan ke arah utara terhalang sepenuhnya dan pengguna lebuh raya berkenaan terpaksa menggunakan laluan alternatif dan keluar di Plaza Tol Gopeng.

Sehingga 10 pagi tadi kenderaan berat itu berjaya dialihkan ke tepi namun laluan kiri masih terhalang.

Menurut laman Twitter rasmi PLUS laluan kiri di lokasi kemalangan masih ditutup untuk kerja-kerja pengalihan kemalangan dan trafik masih lagi sesak.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 April 2017 @ 11:36 AM
KEADAAN treler yang terbalik dan melintangi laluan. FOTO Muhammad Apendy Issahak
KEADAAN treler yang terbalik dan melintangi laluan. FOTO Muhammad Apendy Issahak
MUATAN biji plastik yang bertaburan di atas laluan. FOTO Muhammad Apendy Issahak
MUATAN biji plastik yang bertaburan di atas laluan. FOTO Muhammad Apendy Issahak