Tiga pasangan kembar di Wad Bersalin Hospital Keningau yang kini tular di laman sosial. FOTO ihsan pembaca
Tiga pasangan kembar di Wad Bersalin Hospital Keningau yang kini tular di laman sosial. FOTO ihsan pembaca
Norasikin Daineh


Keningau: Wad Bersalin Hospital Keningau ceria apabila menyambut kelahiran tiga pasangan kembar semalam.

Difahamkan bayi yang terdiri daripada lima lelaki dan seorang perempuan itu dilahirkan dalam tempoh 75 minit.

Pengarah Hospital Keningau Ridwan Hashim berkata, ketiga-tiga ibu termasuk dua daripadanya berasal dari Tenom melahirkan bayi kembar masing-masing antara jam 12.38 tengah hari hingga 1.53 petang.

“Bayi itu berat antara 1.8 kilogram (kg) hingga 2.45 kg. Biasanya kadar purata kelahiran di hospital ini adalah 11 bayi sehari," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, gambar ketiga-tiga pasangan kembar itu menjadi tular selepas dimuat naik dan dikongsi pengguna Internet.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 April 2017 @ 6:28 PM