Kerja pembersihan dilakukan oleh pasukan bomba.
Kerja pembersihan dilakukan oleh pasukan bomba.
Norasikin Daineh


Keningau: Seorang guru dan dua pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ken Hwa dihantar ke Hospital Keningau selepas terdedah pada merkuri akibat termometer di bilik makmal sekolah pecah, pagi tadi.

Dalam kejadian 9.40 pagi itu, guru wanita berusia 31 tahun dan dua pelajarnya terdedah dengan bahan kimia itu di tangan dan leher.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Mohd Affendy K Ramin berkata, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Keningau bersama dua jentera dikejar ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.

"Semua mangsa dihantar ke hospital untuk menerima rawatan," katanya ketika dihubungi, semalam.

Mohd Affendy berkata, pasukan bomba seterusnya melakukan pembersihan dengan menggunakan serbuk sulfur dan menyapu sisa merkuri untuk dilupuskan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Februari 2017 @ 4:13 PM