SHUKRI Yahya. FOTO Nur Adibah Ahmad Izham
SHUKRI Yahya. FOTO Nur Adibah Ahmad Izham
Michelle Gun


Sambutan luar biasa terhadap 7 Hari Mencintaiku bukan saja melayakkan drama siaran TV3 itu menggondol enam trofi pada Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017 (DFKL 2017) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) tetapi turut membawa rezeki kepada pelakon utamanya, Shukri Yahaya yang memenangi anugerah pertamanya, malam kelmarin.

Shukri, 28, membawa pulang dua trofi bagi kategori Aktor Pilihan dan Pasangan Pilihan yang dimenangi bersama rakan gandingan drama adaptasi novel itu, Siti Saleha.

Shukri ketika ditemui mengakui agak terkejut dengan kemenangan itu kerana belum pernah menang dalam mana-mana anugerah yang pernah tercalon sebelum ini.

“Walaupun drama itu mencapai populariti luar biasa, saya tidak meletakkan harapan tinggi untuk menang.

“Sebelum ini saya pernah tercalon dalam beberapa anugerah, tetapi tidak pernah menang. Oleh itu, anugerah DFKL ini sangat bermakna bagi saya,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 April 2017 @ 6:59 AM