SHUKRI Yahya.
SHUKRI Yahya.
Najiy Jefri


Sejak drama bersiri 7 Hari Mencintaiku ditayangkan TV3 menerusi slot Akasia awal November lalu, ramai penonton memberikan maklum balas positif terhadap mutu lakonan Shukri Yahya dan Siti Saleha.

Malah, setiap kali drama terbabit bersiaran, naskhah arahan Raja Ahmad Alauddin itu pasti menjadi trending di laman sosial.

Shukri yang melakonkan karakter Khuzairi mengakui seronok menjadi sebahagian drama itu.

“7 Hari Mencintaiku adalah lakonan kedua saya dalam slot Akasia selepas Isteri Luar Biasa. Alhamdulillah, macam-macam reaksi saya terima apabila ia ditayangkan.

“Terus-terang, saya seronok menjayakan drama ini kerana ia bukan karya klise dan berat untuk slot Akasia. Selalunya cerita sebegini untuk telefilem, tetapi kali ini dalam drama bersiri pula.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 November 2016 @ 7:41 AM