BENJAMIN Mora.
BENJAMIN Mora.
Rizar Mohd Noor

Johor Bahru: Pengendali Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Benjamin Mora (gambar) mengakui agak kurang gemar apabila terpaksa beraksi di padang rumput tiruan menentang Global FC pada aksi Kumpulan F Piala AFC di Stadium Memorial Rizal di Manila, malam ini.

Namun, beliau tetap optimis tiga mata mampu dibawa pulang lantaran sudah mengadakan persiapan rapi dalam tempoh singkat dengan berlatih di padang rumput tiruan di Pusat Latihan Padang Seri Gelam ketika tempoh rehat saingan Liga Malaysia (Liga-M).

“Walau apa jua keadaan, kami tetap bersedia berdepan Global FC dan saya juga akan menurunkan kesebelasan terbaik pada perlawanan itu nanti.

“Memang kurang gemar beraksi di padang rumput tiruan tapi kami akan beri persembahan terbaik kerana kemenangan amat penting bagi memastikan tangga teratas,” katanya.

Johor DT menang selesa 4-0 pada aksi di Larkin pada 14 Mac lalu.

Mora juga tidak menolak skuad kendalian Toshiaki Imai akan tampil dengan corak permainan lebih agresif di laman mereka.

“Saya akan membariskan kesebelasan terkuat dengan kekuatan seimbang pemain itu skuad utama dan simpanan,” kata Mora.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 April 2017 @ 8:47 AM