SUASANA bandar Manhattan di New York ketika matahari terbenam yang dirakam dari Queens di seberang East River.
SUASANA bandar Manhattan di New York ketika matahari terbenam yang dirakam dari Queens di seberang East River.
GAMBAR dirakam dari bawah Cayan Tower di Dubai Marina, Dubai.
GAMBAR dirakam dari bawah Cayan Tower di Dubai Marina, Dubai.
GAMBAR menarik sebuah perumahan awam di Singapura pada waktu subuh.
GAMBAR menarik sebuah perumahan awam di Singapura pada waktu subuh.
GAMBAR yang dinamakan Walking in the Light merakamkan seorang wanita berjalan di Masjid Besar Sheikh Zayed di Abu Dhabi.
GAMBAR yang dinamakan Walking in the Light merakamkan seorang wanita berjalan di Masjid Besar Sheikh Zayed di Abu Dhabi.
STRUKTUR melengkung menjadi keunikan Pusat Akuatik London yang dibina sebelum London menganjurkan Sukan Olimpik 2012.
STRUKTUR melengkung menjadi keunikan Pusat Akuatik London yang dibina sebelum London menganjurkan Sukan Olimpik 2012.
BIASAN pada air bangunan Pusat Kebangsaan untuk Persembahan Seni di Beijing, China ketika matahari terbenam.
BIASAN pada air bangunan Pusat Kebangsaan untuk Persembahan Seni di Beijing, China ketika matahari terbenam.
Agensi

Sebilangan bangunan dan struktur mampu mempamerkan seni bina menakjubkan dengan sekali pandang sahaja.

Namun, ada bangunan hanya menonjolkan sisi luar biasa apabila dilihat dari sudut berbeza seperti ditunjukkan dalam gambar menakjubkan ini.

Semua gambar ini disenarai pendek dan menguasai penyertaan kategori seni bina Anugerah Fotografi Dunia Sony 2017 iaitu pertandingan fotografi terbesar di dunia.

Daripada ribuan foto yang dirakam jurugambar profesional dan amatur dari seluruh dunia hanya satu bakal diumumkan sebagai pemenang untuk kategori ini.

Pada tahun ini, jurugambar merakamkan pelbagai jenis bangunan dan binaan dari seluruh dunia dengan hasil yang luar biasa.

Ini termasuk gambar di Masjid Besar Sheikh Zayed di Abu Dhabi, bangunan dengan pintu berwarna-warni di Tokyo, Jepun dan Cayan Tower di Dubai Marina di Dubai.

Seorang jurugambar di China mencipta kelainan apabila merakam imej lebuh raya bertingkat dari udara yang menghasilkan bentuk unik.

Satu lagi gambar menunjukkan imej Pusat Akuatik London di Britain, sebuah bangunan menarik yang kelihatan lebih luar biasa hasil sentuhan jurugambar, Katarzyna Young.

“Saya cuba merakamkan lengkungan di bangunan ini yang menjadi seni unik perekanya, Zaha Hadid.

“Namun, mata saya turut terpesona dengan warna pada tingkap bangunan serta bagaimana bayang dan cahaya menonjolkan struktur ini,” kata Katarzyna.

Beberapa gambar yang disiarkan di sini mungkin membuatkan anda berhenti sebentar dan melihat sesebuah bangunan dari sudut yang berbeza.

Semua gambar daripada pertandingan fotografi itu akan dipamerkan di Somerset House di London pada 21 April hingga 7 Mei ini.

Pemenang bagi setiap kategori pertandingan itu akan diumumkan pada 20 April.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 April 2017 @ 5:05 AM