FOTO yang iktiraf Foto Terbaik Tahun 2021 oleh Sipa.
FOTO yang iktiraf Foto Terbaik Tahun 2021 oleh Sipa.
Agensi

Ankara: Jurugambar Turki, Mehmet Aslan, dinobatkan sebagai pemenang anugerah Foto Terbaik Tahun 2021 di Anugerah Gambar Antarabangsa Siena (Sipa).

Kemenangan itu diraih Mehmet menerusi gambar bertajuk The Hardship of Life.

India Times melaporkan, gambar itu diambil di kawasan Reyhanli di wilayah Hatay Turki dekat sempadan Syria.

Gambar itu sarat emosi emosi dan penuh semangat kerana menunjukkan seorang bapa berkaki satu mendukung anak lelakinya yang kudung tangan serta kaki .

Kecacatan anak lelaki berkenaan dipercayai akibat gangguan kongenital yang disebabkan oleh ubat-ubatan yang terpaksa diambil oleh ibunya.

"Kegembiraan seorang bapa dan anak lelaki, walaupun lelaki itu berdiri dengan sebelah kaki amat menyentuh hati.

"Hati saya, yang disimpan sebentar oleh saat cinta yang menggembirakan ini, dibayangi oleh kehidupan panjang dan sukar dihadapi mereka di hadapan," katanya.

Pertandingan SIPA terbuka kepada semua jurugambar dari seluruh dunia.

Ia terbahagi kepada 12 kategori iaitu Fotografi Jalanan, Perjalanan & Pengembaraan, Wajah dan Watak Menarik, Keindahan Alam Semula Jadi dan Haiwan di Persekitaran Mereka.

Kategori lain adalah Seni Bina dan Ruang Bandar, Sukan di Tindakan, Dokumentari dan Foto Kewartawanan, Covid-19, Bawah 20,Papan Cerita dan Video: Umum.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 November 2021 @ 4:27 PM