BANGUNAN yang dikenali sebagai Interlace ini dinobatkan sebagai Bangunan Dunia Tahun Ini di Festival Seni Bina Dunia 2015.
BANGUNAN yang dikenali sebagai Interlace ini dinobatkan sebagai Bangunan Dunia Tahun Ini di Festival Seni Bina Dunia 2015.
INTERLACE adalah blok kediaman yang dibina secara melintang berbanding  bangunan biasa yang dibina secara menegak di Singapura.
INTERLACE adalah blok kediaman yang dibina secara melintang berbanding bangunan biasa yang dibina secara menegak di Singapura.
BANGUNAN yang dikenali sebagai HIGO di Jepun ini dicalonkan untuk kategori pejabat.
BANGUNAN yang dikenali sebagai HIGO di Jepun ini dicalonkan untuk kategori pejabat.
PUSAT beli belah Sino-Ocean Taikoo Li Chengdu di Chengdu, China ini menduduki tempat kedua dalam kategori pusat beli belah.
PUSAT beli belah Sino-Ocean Taikoo Li Chengdu di Chengdu, China ini menduduki tempat kedua dalam kategori pusat beli belah.
KEMUDAHAN Pengajian Islam di Doha, Qatar ini dicalonkan dalam kategori pengajian tinggi dan kajian.
KEMUDAHAN Pengajian Islam di Doha, Qatar ini dicalonkan dalam kategori pengajian tinggi dan kajian.
SAIGON House yang terletak di Ho Chi Minh, Vietnam ini menduduki tempat kedua dalam kategori Projek Masa Depan.
SAIGON House yang terletak di Ho Chi Minh, Vietnam ini menduduki tempat kedua dalam kategori Projek Masa Depan.
BANGUNAN Vancouver House di Kanada ini memenangi Anugerah Projek Masa Depan.
BANGUNAN Vancouver House di Kanada ini memenangi Anugerah Projek Masa Depan.

Satu kompleks perumahan moden di Singapura diumumkan sebagai Bangunan Dunia Tahun Ini di Festival Seni Bina Dunia 2015.

Jaringan blok apartmen melintang yang dikenali sebagai Interlace itu dianggap sebagai pembangunan perumahan paling bercita-cita tinggi dalam sejarah negara itu.

Kekurangan tanah di Singapura menyebabkan kebanyakan bangunan di bandar raya itu dibina secara menegak.

Menara pencakar langit dan bangunan kediaman tinggi adalah pemandangan biasa di Singapura.

Bagaimanapun, setiap blok di Interlace direka bentuk mengikut susunan heksagon di sekeliling lapan laman bagi menimbulkan suasana lapang.

Pengarah Festival Seni Bina Dunia, Paul Finch memuji projek berkenaan yang dianggap beliau penuh dengan unsur keberanian dan pemikiran seni bina kontemporari.

“Projek ini menonjolkan satu pemikiran alternatif terhadap sesuatu pembinaan.

“Kawasan ini mungkin dibangunkan dengan beberapa bangunan tinggi yang konvensional,” katanya.

Seni bina bangunan itu juga dipuji kerana ‘bekerja’ dengan alam semula jadi bagi membentuk ruangan kediaman yang berhubung dengan alam sekitar.

Bangunan unik yang direka oleh syarikat OMA/Buro Ole Scheeren menerima lapan anugerah dalam festival berkenaan yang berlangsung di Singapura.

Interlace dan beberapa bangunan yang dicalonkan di seluruh dunia bertanding untuk memenangi beberapa kategori.

Bangunan yang paling banyak menerima anugerah dinobatkan sebagai Bangunan Dunia Tahun Ini.

Festival itu berlangsung di Singapura sejak empat tahun lalu dan bandar raya Berlin di Jerman dipilih sebagai penganjur untuk edisi 2016.

Di sini disenaraikan beberapa bangunan di seluruh dunia yang memenangi anugerah pada festival itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 November 2015 @ 8:48 AM