Kakitangan Jabatan Kejuruteraan MBJB mengalihkan papan iklan yang tertanggal.
Kakitangan Jabatan Kejuruteraan MBJB mengalihkan papan iklan yang tertanggal.
Oleh Zainuz Fitri

Johor Bahru: Papan iklan sepanjang 20 meter di jejantas Jalan Tebrau, di sini tertanggal dan hampir menimpa enam kenderaan dalam kejadian 12.20 tengah malam tadi.

Ketika papan iklan itu jatuh dari ketinggian kira-kira lima meter, beberapa kenderaan kebetulan berhenti di persimpangan lampu isyarat berhampiran.

Kejadian itu menyebabkan enam lorong laluan di kedua-dua arah ditutup buat sementara waktu.

Kakitangan Jabatan Kejuruteraan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) kemudiannya mengalihkan papan iklan itu.

Sebelum ini, pada 12 Oktober lalu, struktur papan iklan di jejantas di Lebuhraya Pasir Gudang runtuh menimpa tiga kenderaan menyebabkan seorang pengguna laluan itu cedera.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 January 2015 @ 10:52 AM