ZARUL bersama peminat pada program Pelayaran Amal Bersama 100 Peminat.
ZARUL bersama peminat pada program Pelayaran Amal Bersama 100 Peminat.
KERJAYA seni Zarul terus berkembang selepas program GV3.
KERJAYA seni Zarul terus berkembang selepas program GV3.

Selepas dikenali sebagai penyanyi, Zarul Umbrella, 44, kini berjinak-jinak sebagai pelakon pula.

Lakonan sulung Zarul menerusi drama bersiri 16 episod Cik Serba Tahu mula ditayangkan minggu depan.

Pada masa sama, penyanyi yang popular dengan lagu Ramalanku Benar Belaka ini turut berdebar menanti reaksi peminat dalam bidang yang baru diceburinya itu.

“Berlakon ini bidang yang baru bagi saya. Ia salah satu usaha untuk meluaskan kerjaya saya,” katanya.

Zarul berkata, pengalaman berlakon dengan pelakon hebat seperti Remy Ishak dan Sari Yanti cukup bermakna dan menyeronokkan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Mac 2017 @ 7:24 AM