RUSSIAN Knights mempamerkan kehebatan ketika persembahan udara sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2017 (LIMA'17) Edisi Ke-14. FOTO Bernama
RUSSIAN Knights mempamerkan kehebatan ketika persembahan udara sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2017 (LIMA'17) Edisi Ke-14. FOTO Bernama


RUSSIAN Rostec State Corporation berminat untuk bekerjasama dengan kerajaan Malaysia bagi membekalkan produk-produk awam dan penerbangan.

Anak syarikatnya, Rosoboronexport, yang menyertai Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA 2017) sedang menanti peluang bagi sebarang rundingan semasa acara tersebut.

Pengarah Dasar Serantau dan Kerjasama Antarabangsa Rostec, Viktor Kladov berkata dalam satu kenyataan bahawa hubungan strategik perbadanan itu dengan Malaysia telah pun wujud sejak 20 tahun lepas tetapi ia terhad kepada produk ketenteraan.

“Sekarang, kami mahu memperluaskan kerjasama kami ke bidang awam dengan potensi pertumbuhan,” kata Kladov, yang mengetuai delegasi bersama dari Rostec dan Rosoboronexport ke pameran lima hari itu, yang bermula sejak 20 Mac.

Katanya, produk berasaskan elektronik, bahan komposit dan teknologi maklumat adalah antara produk awam yang berpotensi untuk dieksport ke Malaysia.

“Pasaran penerbangan awam juga menunjukkan potensi besar khususnya helikopter,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Mac 2017 @ 7:25 PM