Bernhardt (tengah) pada sesi latihan pasukan Skuad Projek Sukan SEA 2017. FOTO HM/OSMAN ADNAN
Bernhardt (tengah) pada sesi latihan pasukan Skuad Projek Sukan SEA 2017. FOTO HM/OSMAN ADNAN
BERNAMA

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih skuad Bawah 22 (B-22) negara, Frank Bernhardt menyenaraikan 23 pemain yang akan menggalas cabaran di Kejohanan B-23 Piala Dubai dari 20-28 Mac ini di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan memaklumkan kejohanan itu adalah persediaan skuad B-22 sebelum menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos ini.

Di Dubai, Malaysia diletakkan dalam Kumpulan B dijadual memulakan saingan bertemu China pada 20 Mac diikuti aksi kedua menentang Arab Saudi (23 Mac) sebelum menamatkan pusingan awal berdepan Jordan pada 26 Mac ini.

Empat pasukan dalam Kumpulan A terdiri daripada UAE, Thailand, Singapura dan Korea Utara.

Berdasarkan format kejohanan, dua pasukan terbaik setiap kumpulan mara ke separuh akhir manakala pasukan tangga ketiga dan keempat dalam kumpulan akan beraksi dalam perlawanan menentukan ranking masing-masing.

SENARAI SKUAD

Penjaga gol: Muhammad Haziq Nadzli (JDT), Ahmad Syihan Hazmi Mohamed (Kelantan), Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim (Kedah).

Pertahanan: R. Dinesh (Pahang), Muhammad Syahmi Safari (Selangor), Dominic Tan Jun Jin (JDT), Muhammad Aqil Irfanuddin Mohd Sabri dan Mohamad Arif Fadzilah Abu Bakar (T-Team), Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak (JDT II), Mohd Adib Zainuddin (Felcra FC), Muhammad Fauzan Mohd Fauzi (Negeri Sembilan), Muhammad Syazwan Zaipol Bahari (PKNP FC).

Pemain tengah: Muhammad Danial Ashraf Abdullah (Kelantan), Muhammad Safawi Rasid (JDT), Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri (Perak), Muhammad Irfan Zakaria (Kuala Lumpur), Nur Shamie Iszuan Amin (Sarawak).

Penyerang: Muhd Jafri Muhammad Firdaus Chew, Mohamed Syamer Kutty Abba dan S Kumaahran (Pulau Pinang), Adam Nor Azlin (Selangor), N Thanabalan (Felcra FC), Muhammad Syafiq Ahmad (Kedah).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Mac 2017 @ 9:06 PM