Kuala Lumpur: Sektor pencarian AirAsia Indonesia QZ8501 diperluaskan ke sebelah timur berbanding kawasan semalam.

Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tan Sri Abdul Aziz Jaafar menerusi catatan dalam akaun Twitter miliknya, pagi ini, menegaskan pencarian kawasan itu membabitkan lima kapal.

“KD Pahang ditugaskan dalam Sektor II (2,550 batu nautika persegi) manakala KD Lekir dan KD Lekiu di mencari Sektor III (4,590 batu nautika persegi).

"Keadaan sangat mencabar ketika ini kerana laut di kawasan pencarian masih bergelora dengan ombak mencapai ketinggian empat meter dengan kelajuan angin 20 hingga 30 knot," katanya.

Sementara itu, Suara.com dipetik bahawa pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Lapangan Terbang Iskandar bersedia melakukan tugas memindah mayat walaupun cuaca dilaporkan kurang baik sejak pagi.

Ketua Stesen Meteorologi Pangkalan Bun, Luqman Sholeh meramalkan, cuaca yang kurang baik dijangka berlarutan sehingga petang ini.

"Keadaan lokasi pencarian masih cukup berbahaya untuk pasukan berkenaan.

"Awan kumulusnimbus diramalkan muncul pada 1 petang ini. Malah, ketinggian ombak juga dijangka mencecah hingga empat meter sama seperti kelmarin," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 January 2015 @ 2:11 PM