PASUKAN Komando Pasukan Katak Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut kini berada di perairan lokasi penemuan badan utama pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di Selat Karimata. FOTO REUTERS
PASUKAN Komando Pasukan Katak Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut kini berada di perairan lokasi penemuan badan utama pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di Selat Karimata. FOTO REUTERS

Pangkalan Bun: Radar cuaca milik Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisikal (BMKG) Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah meramalkan hujan di perairan lokasi penemuan badan utama pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di Selat Karimata.

Berdasarkan radar cuaca, hujan diramalkan akan turun sepanjang hari ini.

Ketua BMKG Lukman Soleh berkata, hujan turun di sebelah timur dan selatan Selat Karimata atau tepatnya atas lokasi pencarian.

“Malah, kita meramalkan ketinggian ombak laut di kawasan pencarian setinggi 1.5 meter hingga 2.5 meter.

“Kederasan arus laut mencapai 10 hingga 40 sentimeter persaat dan secara umum ke arah barat manakala kelajuan angin dianggarkan 10 hingga 20 knot," katanya.

Selain itu, Lukman berkata, awan kumulunimbus tetap membayangi lokasi pencarian badan pesawat.

“Beberapa kawasan yang terdapat awan kumulunimbus (Cb) khususnya sektor timur dan bahagian selatan memungkinkan terjadi angin kencang dan ombak tinggi,” katanya.

Lukman berkata, sebagai langkah keselamatan misi pencarian badan utama pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 hari ini, BMKG Pangkalan Bun akan mengemaskini maklumat kaji cuaca. - VIVANEWS

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 January 2015 @ 11:02 AM