Muhamaad Razis Ismail


Kota Bharu: Seorang kanak-kanak lelaki ditemui lemas ketika mandi dalam kolam renang di sebuah pusat peranginan di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa Abdullah Wafi Mohd Zaidi, 6, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Beliau berkata, mayat bawa ke Klinik Kesihatan Badang di sini untuk pemeriksaan lanjut sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat.

"Hasil bedah siasat dilakukan kematian disebabkan lemas," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Mac 2017 @ 10:42 PM