Keadaan bas yang dirempuh kereta api menyebabkan empat terbunuh.
Keadaan bas yang dirempuh kereta api menyebabkan empat terbunuh.
Agensi

Biloxi, Mississippi: Empat terbunuh apabila kereta api barang merempuh sebuah bas sarat dengan penumpang yang tersangkut di atas landasan, mengheret bas itu sejauh 150 meter, hari ini.

Pasukan penyelamat mengambil masa beberapa jam untuk mengeluar dan memindahkan penumpang dari bas, termasuk terpaksa memotong badan bas yang remuk teruk di tengah.

Ketua Polis Biloxi, John Miller, berkata bas berkenaan dipercayai terhenti di atas landasan ketika cuba melalui lintasan tidak berpagar itu sebelum dirempuh kereta api empat gerabak milik CSX Transportation.

Menurutnya, penumpang dalam bas Echo Transportation itu dari Austin, Texas, dalam perjalanan membawa mereka ke sebuah kasino.

Akhbar Sun Herald melaporkan, saksi, Mark Robinson, melihat bas berkenaan tersangkut di atas landasan selama lima minit sebelum dirempuh kereta api berkenaan.

Menurut Robinson, penumpang bas berkenaan sedang berpusu-pusu turun dari bas ketika pemandu berusaha mengalihkan kenderaan itu namun tidak sempat. -DM

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Mac 2017 @ 9:01 PM