KEADAAN kereta yang terbabit dalam kemalangan. FOTO Facebook Laporan Kemalangan Langkawi
KEADAAN kereta yang terbabit dalam kemalangan. FOTO Facebook Laporan Kemalangan Langkawi
Hamzah Osman


Langkawi: Kakitangan hotel maut, manakala dua rakannya cedera selepas kereta dinaiki terbabas dan melanggar tiang elektrik di Jalan Pantai Tengah, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 3 pagi itu, Muhammad Yusri Bakar, 19, dari Taman Ara Jaya, Mukim Padang Matsirat, di sini, yang juga penumpang belakang meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemandu kereta, Nor Syakawie Najimi Nor Hisham, 23, dan penumpang depan, warga Indonesia dikenali sebagai Kevin cedera dan dirawat di Hospital Langkawi (HL).

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Dr Che Ghazali Che Awang, berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika kereta dalam perjalanan dari Kampung Temoyong menghala ke Pantai Chenang, di sini.

"Sebaik tiba di tempat kejadian kereta terbabit hilang kawalan dan terbabas ke sebelah kanan jalan sebelum merempuh tiang elektrik.

"Akibat kemalangan itu pemandu dan penumpang depan mengalami kecederaan, sementara penumpang belakang meninggal dunia," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Che Ghazali berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1), Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Mac 2017 @ 12:33 PM