PESERTA Kejohanan Bola Sepak Tertutup Kampung Bahagia Bintang bergambar kenangan.
PESERTA Kejohanan Bola Sepak Tertutup Kampung Bahagia Bintang bergambar kenangan.

Kuala Terengganu: Pasukan Ketam Genjong FC muncul juara Kejohanan Bola Sepak Tertutup Kampung Bahagia Bintang Setiu selepas menundukkan Black Fanther FC 4-0 pada aksi final baru-baru ini.

Susulan kemenangan itu Ketam Genjong FC membawa pulang hadiah RM500 beserta piala pusingan dan medal manakala Black Fanther, RM400 dan medal.

Penyelaras kejohanan Samsuddin Ibrahim berkata, kejohanan anjuran ZRA Bahagia dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) ini diadakan sebulan bermula awal Januari membabitkan 80 pemain.

“Matlamat utama kejohanan ini untuk merapatkan hubungan antara penduduk terutama golongan muda dan veteran sekali gus memupuk budaya sihat,” kata

Samsuddin yang juga pengadil bola sepak kebangsaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Februari 2017 @ 5:04 AM