BERNHARDT (empat kiri) gagal cetus impak kepada skuad muda negara.
BERNHARDT (empat kiri) gagal cetus impak kepada skuad muda negara.
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Kedudukan pengendali skuad Bawah 22 (B-22) tahun, Frank Bernhardt ibarat ‘telur di hujung tanduk’ apabila difahamkan tempatnya bakal diisi pengendali tempatan susulan prestasi tidak menentu pasukan muda negara itu.

Bernhardt, 47, yang diberi mandat meraih emas Sukan SEA 2017 dengan Malaysia menjadi tuan rumah, dilihat gagal untuk menjelmakan keajaiban ketika temasya dwitahunan itu berbaki enam bulan.

Beliau yang pernah mengendalikan pasukan B-19 dan B-21 Estonia hingga mara ke pusingan akhir Piala Eropah dilantik ke jawatan itu pada Disember 2015 tetapi dilihat masih ‘terkial-kial’ membentuk skuad mantap biarpun selepas lebih setahun berada di Malaysia.

Beberapa keputusan memalukan termasuk tumbang 0-3 kepada skuad B-22 Vietnam baru-baru ini, menguatkan spekulasi berkenaan.

“FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) nyata tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan diraih Bernhardt sepanjang tahun lalu termasuk di Vietnam, baru-baru ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Februari 2017 @ 6:57 AM