ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran bas. FOTO ihsan Bomba
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran bas. FOTO ihsan Bomba
Mohd Hasbi Sidek


Rawang: Bas ekspress membawa 28 penumpang terbakar 100 peratus di Kilometer 447.5 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran susur keluar ke Rawang, di sini, hari ini.

Semua penumpang bagaimanapun selamat dalam kejadian kira-kira 7 malam itu.

Bas yang dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur ke Butterworth, Pulau Pinang itu terbakar dari bahagian belakang.

Penolong Pengarah Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan pada 6.54 petang dan terus bergegas ke lokasi.

"Sebaik tiba kami mendapati bas terbakar 100 peratus dan kerja mengawal api serta penyejukkan dijalankan.

"Semua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan atau maut dalam kejadian ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Februari 2017 @ 9:45 PM