Keadaan bas yang terbabas di Kilometer 244 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, berhampiran Hentian Senawang, pagi tadi. FOTO ihsan bomba
Keadaan bas yang terbabas di Kilometer 244 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, berhampiran Hentian Senawang, pagi tadi. FOTO ihsan bomba
Raja Noraina Raja Rahim

 

[email protected]

Rembau: Seramai 29 penumpang bas ekspres terselamat selepas bas dinaiki mereka terbabas ke tebing bukit di Kilometer 244 Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara, berhampiran Hentian Senawang di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 5 pagi itu, bas ekspres berkenaan dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur sebelum hilang kawalan dan terbabas.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Dzor Yusoff berkata, dua jentera termasuk bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang dikejarkan ke lokasi kejadian bersama 11 pegawai serta anggota.

"Bomba tiba di lokasi jam 5.25 pagi dan mendapati ada penumpang yang sudah keluar. Bomba kemudian menjalankan operasi membawa keluar sebahagian lagi penumpang yang masih berada di dalam bas.

"Semua penumpang berusia lingkungan 30-an hingga 50-an tidak cedera," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 September 2016 @ 9:12 AM