FOTO Recqueal Raimi
FOTO Recqueal Raimi
Recqueal Raimi


Tuaran: Orang ramai, hari ini, beratur untuk membeli minyak paket bersubsidi 1 kilogram dalam Program Penjualan Minyak Masak Satu Kilogram di Tamparuli, Tuaran, di sini.

Setiap pembeli dibenarkan membeli dua paket sahaja.

Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Daerah Tuaran, Adil Naqiuddin Sharif Usman, berkata program diadakan bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan minyak di daerah ini.

Katanya, 300 karton atau 5,100 paket minyak masak dijual kepada orang ramai pada kadar RM2.50 satu paket.

“Sehingga ini, program berjalan lancar. Saya difahamkan orang ramai masih berpusu-pusu datang untuk beratur dan membeli minyak masak jenis paket itu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Februari 2017 @ 1:57 PM