PESAWAT Qatar Airways terbang di ruang udara Auckland ketika sua akhir ke lapangan terbang. FOTO Reuters/Qatar Airways
PESAWAT Qatar Airways terbang di ruang udara Auckland ketika sua akhir ke lapangan terbang. FOTO Reuters/Qatar Airways
AFP

Wellington: Penerbangan Qatar Airways laluan Doha-Aukland dinobatkan penerbangan komersial paling lama apabila pesawat itu mendarat di New Zealand, hari ini.

Pesawat QR920 selamat mendarat lima minit awal pada 7.25 pagi waktu tempatan (2 pagi waktu Malaysia) selepas penerbangan 16 jam 23 minit di udara sejauh 14,535 kilometer.

Pesawat Boeing 777-200LR merentasi 10 zon masa dalam perjalanan itu.

Qatar Airways berkata, penerbangan itu lebih lama daripada tayangan kesemua trilogi filem ‘Lord of the Rings’ dan ‘The Hobbit’ yang dirakam di New Zealand.

Empat juruterbang mengendalikan penerbangan itu serta 15 kru kapal yang menghidangkan 1,100 cawan teh dan kopi, 2,000 gelas air sejuk dan 1,036 hidangan makanan ketika penerbangan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Februari 2017 @ 11:57 PM