LELAKI yang ditangkap mencuri  menahan berat tong gas yang dikalungkan di lehernya. - Agensi
LELAKI yang ditangkap mencuri menahan berat tong gas yang dikalungkan di lehernya. - Agensi

Bogor: Seorang lelaki diikat pada tiang dan lehernya digantung dengan tiga tong gas selepas dia ditangkap cuba mencuri peralatan memasak berkenaan.

Seorang saksi yang dikenali sebagai Boy berkata, kejadian itu berlaku kelmarin apabila lelaki itu berpura-pura datang ke sebuah rumah penduduk di Pondok Damai di sini.

Katanya, ketika mangsa keluar sebentar, lelaki itu mengambil kesempatan masuk ke dalam rumah dan mencuri tiga tong gas memasak yang setiap satunya seberat tiga kilogram.

Bagaimanapun, tindakan lelaki itu disedari jiran mangsa yang terus mengejar suspek dan menangkapnya.

“Beberapa penduduk memukul lelaki itu sebelum mengikatnya pada tiang elektrik.

“Seorang penduduk kemudian mengambil tong gas yang dicuri itu dan menggantung pada leher lelaki berkenaan,” katanya.

Menurutnya, lelaki itu dipaksa menahan berat tong gas itu di lehernya selama hampir sejam sebelum anggota polis datang dan menahannya.

Jurucakap polis, Tri Lesmana memberitahu, suspek dilepaskan dengan amaran selepas mangsa enggan membuat laporan mengenai kejadian itu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Februari 2017 @ 5:07 AM