Bogor: Empat orang maut dan 21 cedera apabila sebatang pokok tumbang menimpa sekumpulan pengunjung Taman Botani Bogor semalam.

Saksi berkata, pokok tua itu tumbang tiba-tiba pada jam 10 pagi.

Ketika itu, kata mereka, ada sekumpulan aktivis pekerja berehat di bawahnya.

Kumpulan itu, kata sumber, sedang membincangkan isu gaji minimum apabila kemalangan berlaku.

Seorang saksi mendakwa, dia terdengar bunyi kayu patah sejurus sebelum pokok berkenaan tumbang menimpa rakannya.

“Ramai rakan saya tertindih,” katanya.

Taman itu seluas 87 hektar mula dibuka pada abad ke-19 dan mempunyai pelbagai jenis pokok. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 January 2015 @ 6:22 AM