Sebahagian daripada sukarelawan yang menyertai misi Food Flotilla For Myanmar memindahkan barangan ke dalam kapal di Pelabuhan Klang. FOTO Syarafiq Abd Samad
Sebahagian daripada sukarelawan yang menyertai misi Food Flotilla For Myanmar memindahkan barangan ke dalam kapal di Pelabuhan Klang. FOTO Syarafiq Abd Samad
YusmizalDolah Aling


Pelabuhan Klang: Kerja pemindahan barangan dari gudang ke kapal Nautical Aliya diteruskan pagi ini.

Pemindahan dibantu sukarelawan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam dan luar negara serta dijangka mengambil masa lama sebelum berlepas.

Sebelum itu, awal pagi tadi semua sukarelawan diberikan taklimat mengenai majlis pelepasan petang ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sementara itu, Pengarah Operasi Misi Datuk Mohd Farid Hassan berkata, setakat tengah malam tadi barangan yang dimuatkan adalah sebanyak 600 tan dan pihaknya berharap ia dapat diselesaikan sebelum berlepas.

"Banyak lagi. Kita cuba sebaik mungkin agar perjalanan lancar mengikut jadual," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Februari 2017 @ 12:41 PM