GAMBAR arkib NSTP
GAMBAR arkib NSTP
Siti Fatimah Hassan

Kuala Lumpur: Harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 naik 20 sen manakala diesel naik 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini.

Kenaikan bahan bakar itu disahkan Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz ketika dihubungi, hari ini.

"RON95 naik 20 sen menjadikan harga pada Februari 2017 ialah RM2.30 seliter manakala harga RON97 ialah RM2.60 berbanding RM2.40 sebelum ini," katanya.

Manakala harga bagi Diesel pula ialah RM2.15 seliter berbanding RM2.05 sebelum ini dan Euro 5 kini RM2.25 berbanding RM2.15 seliter.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 January 2017 @ 8:35 PM